Significant Skin Care Products

Significant Skin Care Products

Saturday, 1 February 2014

TIPS ELAK PEMBENTUKAN JERAWAT DAN JERAGAT


Setiap dari kita pasti pernah mengalami masalah jerawat.  Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi setiap remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.  Amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan seawal usia 12 tahun kerana ketika itu hormon kita sedang dalam proces menjadi remaja dan pembentukan tubuh kearah keremajaan.  Rajah dibawah adalah penerangan tentang pembentukan jerawat.


Rajah tentang Jerawat dan bagaimana jerawat terjadi
 
Apakah yang harus ANDA lakukan?

1) Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan pencuci muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam.  Significant Skin Care Soap dirumus khas untuk memberikan pembersihan yang sempurna. 

Namun pencucian muka tanpa sabun pencuci juga digalakkan dilakukan sebanyak 5 kali sehari. Unik kan kenapa 5 kali sehari? YA! 5 kali sehari setiap kali kita mengambil wuduk.  Sesungguhnya cucian wajah begini mampu menyingkirkan minyak diwajah dan mengelakkan berlakunya masalah jerawat.

*** Tetapi perlu diingatkan disini, mencuci kulit dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah sesuatu yang baik kerana ia boleh menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk.  Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.***

2)  Penggunaan pencuci wajah seperti Significant Skin Care Soap adalah amat penting bagi memelihara kulit anda.  Namun penggunaannya mestilah disesuaikan dengan jenis kulit.  


Significant Skin Care Soap
Vitamin C (code: SVC)
Bagi jenis kulit berminyak, kering ataupun sensitif penggunaan Significant Skin Care Soap Vitamin C (berwarna hijau) adalah digalakkan kerana ia bertindak lembut terhadap kulit tanpa sebarang kesan iritasi. 


Significant Skin Care Soap
Vitamin E (code: SVE)
Manakala Significant Skin Care Soap Vitamin E (berwarna kuning cair) amat sesuai untuk kulit normal dan berusia. 

 (Jika anda tidak pasti jenis sabun yang perlu digunakan, sila dapatkan nasihat dari pengedar-pengedar kami) 




Kenapa Penggunaan Significant Skin Care Soap penting?


Penggunaan pencuci wajah seperti Significant Skin Care Soap adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati.

Significant Skin Care Set
Beginner Set & Premier Set
Mencuci wajah dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci pasti akan mengeringkan kulit sedikit walaupun anda hanya mencuci secara ringan.  Oleh itu penggunaan pelembab kulit seperti Signifant Skin Care Day Cream with Acne Remover & Control dan Significant Skin Care Night Cream with Cell Activation & Pigmentation Control mampu mengatasi masalah ini. 

Significant Skin Care New Formula didatangkan dalam 2 size iaitu:

Significant Skin Care Beginner Set
- Significant Skin Care Day Cream (berat: 7 gm)
- Significant Skin Care Night Cream (berat: 7 gm)
- Significant Skin Care Soap (20 gm); atau

Significant Skin Care Premier Set
- Significant Skin Care Day Cream (berat: 15 gm)
- Significant Skin Care Night Cream (berat: 15 gm)
- Significant Skin Care Soap (60 gm)

3)  Anda juga adalah dilarang untuk memicit jerawat (tapi itulah yang kita suka buat dan kadang-kadang kita buat tanpa sedar, hanya terperasan bila jari berdarah ataupun berair disebabkan kenikmatan jari merayap dan memicit jerawat tersebut walaupun sakit tapi terasa puas bukan! :) ) Anda sedar memicit jerawat akan menyebabkan kulit berparut, jangkitan bakteria merebak.  Ini pasti akan memburukkan lagi keadaan kulit anda.

4)  Anda mestilah mengelakkan kulit anda dari terdedah kepada matahari secara berterusan.  Pancaran sinar UVs yang terkena pada kulit anda walaupun sedikit, sudah cukup untuk menyerap masuk ke dalam sel kulit anda dan dengan mudah merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda.

Bagi mengurangkan kesan UVs anda disarankan mengunakan krim tabir suria.  Significant Day and Night creams membantu merawat dan memperbaiki kembali struktur kulit yang rosak selain melindungi kulit anda dari kerosakkan yang kekal.  Significant New Formula creams mengandungi bahan aktif seperti Miracle Light dan Glutathione yang membantu memulihkan kembali kulit wajah anda dengan memperbaiki rangkaian kolagen dan malasma dibawah kulit.


Penerangan bagaimana Significant New Formula membantu merawat masalah kecelaruan Melanin
5)  Elakkan menggunakan bedak padat terutama kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria.

6)  "Scub" wajah memang digalakkan digunakan terutama bagi mereka yang banyak melakukan aktiviti di luar.  Gunakan "scub" wajah seminggu 1 atau 2 kali sahaja. 

Saya harap tip-tips di atas dapat membantu anda memahami masalah kulit anda dan cara-cara yang boleh dilakukan bagi menjaga kulit anda.

Semoga bertemu lagi di artikel yang akan datang. Terima kasih.


Sunday, 19 January 2014

INFO PRODUK : Significant Skincare New Formula


Significant Skincare New Formula adalah satu produk yang menggunakan teknologi yang di-INOVASI dari France bagi memberi penyelesaian kepada MASALAH KULIT ANDA.

Setiap dari kita tidak dilahirkan dengan kesempurnaan.  Kita dilahirkan dengan pelbagai jenis kulit, samada anda mempunyai jenis kulit berminyak, kering ataupun kombinasi.  




Jenis-jenis Kulit dan permasalah yang sering dihadapi

Setiap permasalah kulit kita adalah disebabkan oleh kurangnya ilmu tentang cara ataupun bahan penjagaan kulit yang betul.  Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, penjagaan kulit yang lebih teliti dan penggunaan bahan yang tepat mampu membantu merawat masalah kulit ataupun mencegah berlakunya masalah kulit.  

Tahukan ANDA kesedaran penjagaan kulit seawal usia 12 tahun mampu memelihara kulit dan juga mencegah masalah kulit seperti jerawat, kulit kering dan pigmentasi (iaitu keadaan kulit berbelak-belak; walau bagaimana bagi remaja seawal usia 12 - 21 tahun masalah ini tidak kekal kerana malasma di bawah kulit masih aktif untuk membetulkan kerosakkan kulit disebabkan oleh sinar UV).  Namun kajian sains membuktikan kini bahawa keadaan ozon kita yang semakin menipis akan menyebabkan lebih banyak masalah kulit yang akan dihadapi termasuklah masalah eczema.  Kulit kita tidak mampu menahan sinaran UV A, UV B dan UV C dalam jangkamasa panjang kerana kenipisan ozon yang merupakan penapis UVs secara semulajadi.  Akibatnya penuaan kulit akan lebih cepat terjadi.


Keadaan Kulit mengikut Usia 




Pigmentasi adalah merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh wanita di seluruh dunia. Pigmentasi terbentuk disebabkan oleh beberapa faktor; antaranya adalah

- Faktor Usia - yang boleh mengundang kepada permasalahan Kecelaruan Pigmentasi

- Faktor STRESS - yang juga boleh menyebabkan keradangan pada kulit.